~~Naik seRi~~

Posted: June 28, 2013 in bisikan hati, raja sehari, sahabat

Saipudin: “macam muka akk sekarang ni la masa saya tgk aina kat rumah k.Farhusna dulu”
alang: Ayong!!!! amboi…. cantiknya pegi viva.. (jerit dr jauh masa nmpk nk g viva)
alang: (sambil tunggu char kuey teow kat kedai Sany siap) cantik ayong alang ni…
ecot: Farah, ko cantik la arini. tp x tau cantik tang mana. Naik seri la katakan….

weh weh weh….
aku x makeup ape pun….
aku pakai macam biasa2 je….
da lewat mlm pun pudin boleh kate lain…
pakai tudung tandas (basahan) pegi kedai sany pun alng kate cantik…
memang senget~~~~

dulu aku ingt istilah naik seri tu utk menyakat bakal pengantin je…
“orang darah manis”, muka naik seri…
but its really happen rupanya…

tp masa jumpa kakti lewat mlm aritu…
muka fariq yg nmpk lain….
sampai kakti pun perasan…
aik!! hok ni pelik…
aku yg nk kawen, hg yg naik seri???
**kalo adik beradik mmg mcm ni kot… dpt tempias…

x pun mmg aku yg da x ingt muka die gane…
lama jugak x jumpa sampai jumpa semula mlm tu…
sampai yg kembang mcm belon masa ijtimak aidilfitri dl da kurus blk la…
mcm pakat je budak dua org hasbullah ng si fariq ni…
sorg kurus dua2 kurus…
sorg belon, dua2 belon…

bukti muka fariq jauh lebih berseri

bukti muka fariq jauh lebih berseri

makan2 fateh... restoren air buah gelas besar keramat

makan2 fateh…
restoren air buah gelas besar keramat

kebetulan je amek gmbr2 ni…
masa teguran2 lain tu, x amek gmbr pn…

but i still on my stand…
x boleh ukur ikut gmbr…
gmbr selalu ngelat…
gambar sekadar menyemat kenangan…

a writer

Posted: June 26, 2013 in bisikan hati, OT life, sahabat

i’m not a good writer!!!
even i’m a good thinker… (perasan!!)

selesai da viva tesis…
i dont know why….
but…
aku x nervous langsung macam org lain….
mungkin hati da tau awal2 akan dpt Prof Noor sebagai examiner,
walaupun aku x tau….

Prof Noor sangat teliti….
beliau x amek kesah gaya UKM aku langsung….
tp beliau sangat teliti dengan setiap perkataan yang tertulis dalam tesis aku….
event single word, not single line…..

but this is a process of learning….
sikit pun x kene marah td…
cuma diajar cara “menulis” dengan baik…
bdk mentah dlm bidang penulisan mcm aku, komfem2 la byk slh yg perlu diperbaiki…
n aku bertuah dpt examiner like him…
thank GOD…

huh~~~~
time to retype and redo my disertation….
ya Allah…
permudahkanlah…
kene siapkan cepat2…
nk blk rumah cepat2…
kesian umi kt rumah handle bisnes kt uitm sorg2…

b4 viva arini…
ramai yg saling menguatkan….
khususnya adik beradik fateh yg mmg viva arini jgk…
chuah, zimah, syida….
terima kasih…

awal pagi, dpt msj dr aimi….
wish of luck…
terima kasih…

also got du’a from keluarga AS…
personal n grup wish….
terim kasih…

lebih rasa istimewa bila dpt doa khusus….
mungkin doa inilah yg menjadi salah satu penguat utk tenang b4 viva td…

banyakkan baca insyaAllah dipermudahkan viva

banyakkan baca insyaAllah dipermudahkan viva

balik je viva, bro tny, nanges x td?
hoho~~~
alhamdulillah berkat doa semua, x nanges….

bro kate bro mimpi g6 jaulah ke sabah….
naik exora pulak tu….
hurm….
ni kesss…..
susah nk lepas aku pergi ni….

yes…
aku pun sama…
sedih meninggalkan keluarga2 kesayanganku disini…
dirumah, dikampus, dimatrik…
ahh….
semuanya….
namun aku juga punya fitrah utk disempurnakan….

seperkara yg kalian perlu tahu….
aku tetap sahabat kalian…
tidak kira dimana aku dicampakkan…
insyaAllah…

segalanya bermula dengan jemputan kenduri ke rumah…
ramai yang da dpt agak jemputan itu jemputan majlis pertunangan…
lebih2 lg adik beradik IPU di kampus…
namun persepsi2 itu dibiar berlaku..
hingga kenyataan tiba diiringi waktu…

7 + 6 : 13

7hb Julai 2013, tarikh yg dipilih umi utk menyambut ketibaan mereka…
walupun hari tersebut hari bekerja, namun pilihan lain tiada…
isnin ada 1st paper..
kalau buat hari sabtu, ahad baru nak balik kolej, alamat x baca buku langsung la masa exam…
so, teruskan jugak hari jumaat…

because of love…
they arrived on 11.40pm…
biar lambat, asalkan sampai…

first destination, rumah ayong...

first destination, rumah ayong…

walaupun pada asalnya, semuanya risau utk masuk nk gunakan tandas tanpa “pintu”,
alhamdulillah semua berani mandi sebelum meneruskan perjalanan pagi tu…

dari rumah, kami ke medoi, ambil stokin yg tertinggal dlm kereta anoi…
maka berlaku lah drama bro menyamar jd kwn anoi utk mendapatkan stokin….

dari medoi, kami ke muar…
kenduri kak rai n kapten nazil…
x ingt langsung pasal senior 2 org ni…
tp yg PASti mereka seniur IPU n pindah ke cheras masa aku 1st year lagi…
so, sempat jumpa sekejap la…

singgah solat zohor sebelum sampai ke rumah pengantin

singgah solat zohor sebelum sampai ke rumah pengantin

ambil tempias la konon2nya...

ambil tempias la konon2nya…

dari kenduri, terus pecut laju ke rumah ikin….
singgah minum air sunquick sambil bungkus bekal untuk ke tanjung emas… 🙂

kat rumah ikin. penat mcmne pun, gmbr bukti tetap kene amek. mak ikin x de. rumah kosong masa sampai. insyaAllah jumpa mak ikin lain kali pulak...

kat rumah ikin. penat mcmne pun, gmbr bukti tetap kene amek. mak ikin x de. rumah kosong masa sampai. insyaAllah jumpa mak ikin lain kali pulak…

dari rumah ikin ke tanjung emas…
berusrah sambil menikmati ciptaan tuhan…

sedap ayam adik ikin masak.... mcm ayam masak madu...

sedap ayam adik ikin masak…. mcm ayam masak madu…

dr rumah ikin, terus ke tangkak…
jumpa tokyah n masak lokan…
bro yang masak..
boleh tahan la “komen tokyah”…

20130608_200923

gambar ramai2 kt uma syida lupa nk amek…

dari rumah syida terus balik KL…
singgah di rnr ayer keroh beli baskin rowbin sbb bro tuntut dr org2 yg lambat…

dr rnr xde yg berani tido sbb takut kene belanje subway pulak…
sampai kolej pukul 11 lbh, hntr separuh org kt kolej terus keluar semula…

g basuh kereta, terus ke gombak utk pulangkan kereta….

sampai kolej pukul 1 lbh…
terus shut down sbb penat sgt…

perjalanan yg sgt penat..
tp penuh dgn memori indah…

bababababa…
rules along journey…
terpahat molek dlm ingatan…
thnx guys….

bersambung….

Farah boleh buat!!

Posted: May 28, 2013 in bisikan hati, muhasabah, OT life

salam ust…
ana nak nasihat ustaz….

he juz replies a “:-)”

ust, ana xnak senyum… ana nak nasihat….
cuba awak nasihat ustaz mcm ustaz yang bermasalah mcm awak…
1. I got his point –> u know the solution. its only closed when its happen on u. u take it as a stone to remove off. rasionalize ur mind. plan for a solution.

after a few seconds….
he personally gives me this…
احرص على ما ينفعك ، واستعن بالله ولا تعجز

Bersemangatlah untuk mencari sesuatu yang bermanfaat, mintalah pertolongan kepada Allah, dan jangan lemah.

Hadis Nabi Sallawa alaihi wasallam

phukkkkkk!!!!!!
benjol kepala.. sendiri luku, sendiri yg sakit… padan muka…
sendiri yg x carik Allah… sendiri yang rasa berat…
sendiri yg jauh dengan Allah… sendiri yang rasa x larat… -_-
Al-Mutanabi mengatakan:

وليس ما يتمنه المرء يدركه # تجري الرياح بما لا تشتهى السفن

Tidaklah semua yang diharapkan manusia itu bisa tercapai. Sesungguhnya angin bertiup, tidak selamanya sesuai dengan layarnya…

betul ust. asyik nak senang je saya. bila susah sikit. mengeluh x sudah!!!

after a some times….
he tag me on his quotes…

Jika angin tiada  layar tidak akan membelah samudera tapi angin tidak sesekali mengikut aturan kita kitalah yang mengemudi diri dan layar kita

Jika angin tiada
layar tidak akan membelah samudera
tapi angin tidak sesekali mengikut aturan kita
kitalah yang mengemudi diri dan layar kita
Pemikiran yg tidak terkawal akan memenatkan

dear my tesis... i believe... u can makes me strong!!! oh God!!! pliz makes me stronger... :'(

dear my tesis…
i believe…
u can makes me strong!!!
oh God!!!
pliz makes me stronger… 😥

 

he juz like my father…
he understand my spiritual needs a lot…
tqvm ustaz Fuad Osman…
al-Fatihah untukmu…
moga Allah kasih dan redho hidupmu…
dikasihi seluruh umat…
dirahmati dihari kiamat…

 

final year life

Posted: May 13, 2013 in bisikan hati, OT life

lama kot x update ape2 kt sini….
biasa kalo update sesuatu kt sini…
mesti sbb sgt stress or sgt hepi….
now…
i’m so stressss…. deeply in pressure….

4 tahun aku mengharamkan diri dari mengambil nescafe sebagai instant energy…
but now aku sendiri yg berkeputusan mengambilnya semula…
x larat nak setelkan semua bende tanpa extra energy…
sampai first time amek nes, terus dpt pain headache plus batuk2 yg sangat teruk…

lazimnya…
bila da dekat nk grade ni…
semua sibuk ckp psl pembentukan baitul muslim….
yg PAStinya aku terlibat sama….
seriusly….
being in this course is not easy to make it in line in one time….
GOD… only u know what i feel now….

“farah, habiskan exam dulu baru fikir semua ni…”
“farah, how can u arrange to setel all other things sedangkan work load kita melambak2?”
“farah, macamane u boleh buat 3 4 keje dalam satu masa?”

gadis haraki always multitasking….
the only penyejuk dan penyedap hati utk semua teguran2 dan bebelan sebegitu…

ramai yg tanya, bz dgn perkara lain ke sampai result klinikal drop….
ramai yg teke, stress in relationship ke yg sampai prestasi kerja terganggu….
“xdelah… cuma kurang fokus sem ni…” the only jawapan selamat yg aku ada….

sampai bila mampu aku nafikan semua ni??????

bukan mudah jd pelajar tahun akhir….
klinikal + tesis menanti….
hatta org yg mengadap tesis sahaja pun pecah kepala…
lagikan berhadapan dgn latihan klinikal yg menagih workload dan laporan harian yg melampau setiap hari….

tambah pula dgn menguruskan “urusan2″ lain dlm satu masa…..
ya Allah….
kadang2 rasa letih…
bila tanggung keadaan ni sorg2….
bingung rasa….
ngadu ng umi, umi x rasa… umi hanya mampu dgr….
umi lg byk bende kene fikirkan….
ngadu ng kwn2 sekapal….
tambah kene bebel adalah….
seolah aku yg bersalah kerana memilih jln ni…..

Tuhan….
tolong bantu aku….
aku hanya ada Engkau…
yg tahu semua…..

just now baca pasal ni pulak…
12 ADAB BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.”

haha…
makin tambah stresss….
aku yg otak senget ni mampu ke jd isteri baik mcm tu….
ha…ha…ha…
makin rasa nk muntah pikir psl ni….

tingginya demand seorang suami!!!!!!!
yes!!
komfem kene reject kalo aku ckp mcm tu….

tp hakikatnya, itulah ayat dan perkara pertama yg terlintas dlm kepala aku….
menunjukkan betapa aku x bersedia utk melangkah kearah pembentukan baitul muslim seperti rakan2 yg bakal bergraduasi yg lain….

sejujurnya mungkin sbb byk dlm list tu yg aku rasa jauh dr diri aku. aku suka pertahankan diri bila aku rasa aku betul dan aku sukakan penjelasan semula kalo aku salah dan supaya aku tahu apa salah aku…. aku suka merajuk, dan aku suka dipujuk, so, macam susah je kalo nak main senang2 tutup kes…. bila point awal2 dan buat aku rasa aku jauh dr ciri2 tu, jadi sampai habislah point tu x kene dgn aku jadinya…

mungkin ditambah dengan isu… ada yg x senang dgn “style” aku dan keluarga aku…
yes!!!! 2 3 org pernah kecik ati dgn aku… sbb bahasa dan cara ckp aku yg kasar…. fine!!! its fine for me….
now… sekali lg org kecik ati dgn keluarga aku pulak…. sbb bahasa dan cara kami yg kasar….. its also fine for me….

utk makluman ye…
style kami ckp mmg kasar2 belaka….
sampai ramai je yg pelik….
org dpn mata, tp kami tetap style ckp jerit2…
mcm berbatu je jauhnya kami berborak…
bergurau mcm bergaduh….
punyalah kasar…

xboleh terima?
terpulanglah….
itu hak masing2….
its not my first time…

Pesanan Pak Tua

Posted: December 9, 2012 in bisikan hati, muhasabah

Pesan Pak Tua: Kuasai Dirimu

Pak Tua di datangi oleh seorang wanita muda dalam lingkungan 20an tahun. Wajah wanita itu kelihatan sugul. Fikirannya tidak menentu. Beberapa perkataannya diulang-ulang di hadapan Pak Tua. Kisah penderitaan yang dialaminya diluahkan dengan tidak teratur. Bercampur-campur dari satu masalah dengan masalah yang lain.

“Sebenarnya anak ini tidak mampu menguasai dirinya sendiri” kata Pak Tua dalam hati..

“Wahai anak, kamu perlu selesaikan dalaman kamu dahulu” kata pak tua memulakan bicara.

“Kuasai diri kamu dan jangan kamu terpedaya dengan emosi kamu. Fahami diri kamu dahulu baru kamu berjaya atasi segala masalah luaran kamu”.

“Kalau kamu gagal kuasai diri kamu maka tidak ada faedahnya kamu datang berjumpa dengan saya.Mungkin saya bagi kamu beberapa petua tapi jika kamu tidak bersedia maka ia hanya kata-kata dan tidak lebih dari itu”.

“Jadi bagaimana dan dari mana saya hendak saya mulakan?”kata wanita muda itu..

Pak Tua meneruskan bicara menjawab persoalan wanita muda itu :

Fahamilah bahawa wanita itu ada 4 sifat buruknya :

Pertama : Banyak bersangka buruk

Setiap perkara ada batasannya. Begitu juga dengan bersangka buruk. Ada perkara kita tidak perlu tahu dan ada perkara kita perlu ambil tahu. Jangan sampai terbalik.Kamu hanya perlu tahu hak-hak kamu dan kewajipan kamu. Tapi jangan ambil tahu perkara yang bukan urusan mu.

Kedua : Lebih beremosi dan tidak bertindak mengikut akalnya.

Apabila kamu berjumpa dengan rakan serupa dengan kamu dari kaum hawa mereka akan memberikan cadangan yang memihak kepada kamu. Itu tidak mengapa tapi jangan belakangkan kebenaran. Kebanyakkan masalah tidak dapat jalan penyelesaian kerana kebenaran itu pahit dan sukar untuk diterima.

Ketiga : Cemburu itu adalah sebahagian dari dirinya.

Cemburu itu adalah api dalam diri kamu. sedikit perlu untuk menghangatkan diri ketika sejuk dan banyaknya akan hanya membakar diri.Jika kamu berjaya kawal cemburumu maka kamu akan buat orang lain cemburu kepadamu.

Keempat : Hasad dan iri hati.

Hasad dengki dan iri hati kerana rasa kekurangan dalam diri kamu .Kekurangan bukan keaiban kerana itu memang anugerah tapi keaiban yang sebenar adalah hasad dan dengki atau iri hati itu menjadi dominasi dalam diri kamu.

Pesanan Pak Tua : Ketahui kekuatanmu

Wanita muda itu sudah tenang . Tidak seperti keadaannya ketika mula-mula sampai. Bagai sudah ada kesediaan untuk menerima kata-kata kenyataan walaupun agak pahit untuk ditelan.Jari jemarinya yang digenggam erat sebelum ini sudah terlerai bebas.
Pak Tua memang bersuara keras pada awalnya. Baginya tidak perlu memberi simpati bagi orang yang tidak mengenal kebertuahan diri dengan apa yang dikurniakan Allah. Keluh kesah tidak menyelesaikan masalah tapi hanya reaksi manusiawi. Bagi Pak Tua, wanita itu hendaklah mengetahui kekuatan dirinya agar tidak tertindas dengan kejahilan diri sendiri.

Pak Tua menyambung bicara :

“Ingatlah!, ada 4 keistimewaan wanita. Semua keistimewaan ini adalah di sebalik kelemahan mereka. Gunakanlah kelemahan ini untuk membina kekuatan diri dan memperbetulkan keadaan.

1. Takut

Ketahuilah, bahawa dengan rasa takut kamu itu boleh menjadikan lelaki itu berani dan tekad.Menjadi pahlawan yang tersohor dan pelindung yang hebat.Malah kamu mampu menguasai lelaki jika kamu mahu dengan hanya menlafazkan sepatah dua kata . Jika kamu sudah tidak takut nescaya kamu akan hidup dalam keadaan bersendirian.

2. Malu
Malu mu itu mampu mennyembunyikan keaiban lelaki. Malah jika kamu buka keaiban lelaki maka satu dunia tidak mampu menyembunyikannya.Jika kamu tidak ada rasa malu maka kucar kacirlah rumahtangga dan dunia ini pasti dipenuhi dengan kerosakkan.

3. Lemah lembut
Lemah mu itu mampu merawat kegilaan lelaki dan keegoan mereka. Lelaki bagai lembu gila yang mengganas tetapi terkulai layu apabila sudah kenyang . Kelembutan kamu itu bagaikan daging yang membalut tulang-tulang di badanmu.

4. Cerewet dan berhati-hati
Mampu menyempurnakan kekurangan lelaki dan kelalaian mereka. Kamu adalah ibu dan jururawat, kamu lah ratu, penaung kasih dan kaunselor yang memberi khidmat nasihat.

Pesanan Pak Tua : Dalam perlindungan Allah

Pak Tua termenung jauh, bagai ada kekecewaan di sudut hatinya. Pak Tua teringat kisah seorang wanita yang bersuamikan seorang kontraktor tapi terlibat dengan pengedaran najis dadah.

Ia telah berikan panduan dan doa kepada wanita itu untuk menghadapi situasi yang melanda diri wanita itu. Namun wanita itu tidak mampu mengubah keadaan kerana tiada kekuatan diri.
Semenjak itu Pak Tua tidak lagi memberi doa dan panduan sebelum ia berjaya membina kekuatan dalaman orang yang punya masalah.

“Wahai anak, jika kamu pelihara 3 perkara maka Allah akan memelihara dan menyelamatkan kamu walaupun kamu berada di dalam keadaan yang amat getir sekali :

1. Peliharalah Auratmu

Auratmu adalah benteng pertama. Apabila terlihat susuk tubuh dan bentuk saizmu, ia akan merembeskan niat dan pandangan jahat di hati ajnabi. Allah tutup auratmu kerana kamu insan istimewa dan mudah rosak bila didedahkan.

2. Peliharalah Maruahmu.

Jangan kamu berada disituasi yang merendahkan martabatmu sebagai wanita.Peliharalah nilai-nilai kewanitaanmu.Dan jangan pamerkan diri kamu sebagai pelacur yang menggoda.

3. Pelihara Adab pergaulanmu.

Peliharalah adab bersama keluarga, adab bersama teman wanita,adab bersama masyarakat dan adab bersama lelaki ajnabi…Cara kamu bercakap, cara kamu berjalan, cara kamu duduk bersama.
Paling tidak apabila kamu bersama lelaki ajnabi jarakkan diri kamu sejauh yang mungkin, lindungi pandangan mereka semampu yang boleh,Elakkan dari perhubungan yang tidak berkaitan dengan tugas dengan secara yang baik dan hormat.

Bila kamu dilandasan yang betul maka barulah kamu akan sampai kepada destinasi idaman hidupmu. Kamu inginkan suami baik yang penyayang,tidak kisahlah kalau tidak sekacak aktor. Kamu inginkan anak yang baik pekerti dan berbakti dan bukanlah anak-anak dajjal yang membuang kamu di usia tuamu.Insyallah akan diperkenankan Allah”.

Pesanan Pak Tua : Syurga rumah itu ada maharnya.

Baru sebentar tadi Pak Tua mendapat SMS dari seorang kenalan. Kenalannya itu mengadu tentang pergolakan rumahtangganya. Anak-anaknya pula bermacam ragam. Ada yang sudah jauh menyepi dan ada yang sudah hilang jejak dan berita.Isterinya pula bagai tidak lagi memperdulikannya.Semua sudah membawa haluan masing-masing.

Geleng kepala Pak Tua membaca SMS tersebut. Kenalannya itu bukan calang-calang orang, punya status dan dikenali ramai.

Apabila berlaku keberantakkan rumahtangga, tidak ada istilah aman dalam keluarga dan ketidaktentuan fungsi setiap ahli rumah di bawah satu bumbung maka Pak Tua akan nasihat 3 perlara :

1. Perdengarkan ayat-ayat Allah di dalam rumah.

Mulakan dengan membaca ayat-ayat suci dalam tempoh paling kurang 10 minit dengan suara yang agak nyaring. Sekira-kira dapat di dengari hingga ke ruang tamu. Tidak mengapa jika sudah kita membacanya dan kemudian kita mainkan CD Al Quraan pada waktu-waktu tertentu dalam 10 hingga 30 minit.Sekiranya ada bacaan hadis-hadis Nabi maka itu lebih afdhal.

2. Laungkan Kalimah azan di dalam rumah.

Sebab itu pesan pada isteri atau sesiapa yang ada agar membuka radio atau tv ketika masuk waktu.Boleh juga kita laungkan azan dengan suara yang agak rendah pada waktu-waktu tertentu di dalam rumah.

3. Hubungkan rumah dengan ruhani masjid.

Jika sesiapa ingin melihat rumahnya menjadi tenang dan tenteram maka hendaklah ada di kalangan ahli rumah yang rajin menjejakkan kakinya ke masjid atau surau. Kalau yang lelaki jinakkan diri dengan solat berjemaah. Dan bagi perempuan, berusahalah menghadirkan diri ke majlis agama dan solat berjemaah paling tidak seminggu sekali.

memBERI & berSYUKURlah….

saat ku terbaca blog ust psl ni…
rasa macam…
pak tua sedang berbicara kepadaku…

ye…

aku wanita muda yg sedang berat menanggung sesuatu di kepala…
serba x kena…
seharian join FCR di UM semalam…
tp hati dibelenggu kerisauan atas kerja2 yg ditinggalkan di kolej…
ah!!
aku terlalu risau pd sesuatu yg tidak perlu…

seharianku hari ini…
hanya diisi dgn usrah ringkas pg td…
selebihnya ku isi dengan kerehatan berlebihan…

sehingga Allah yg memberi amaran dan peringatan…
dikirim rasa sakit pada tulang2 kaki…
agar bangun menyegarkan diri…
terlalu banyak yg perlu diselesaikan utk hari esok…
hingga ku andaikan kerja ini…
takkan sempat ku siapkan dgn sempurna,
walau hingga subuh tidak ku lena,
walau seketika…

saat ku leka memahami peringatan demi peringatan,
umi minta aku telefon…
ingin disampaikan berita dr rumah…

umi: kak, da dpt berita
aku: berita apa mi?
umi: td ayat kene saman.. bla3….
aku: jadinya sekarang da selesai mi?
umi: yang tu da selesai. blk je rumah, ayat ng abg adik keluar bukak stall. ayat naik kereta. abg adik naik moto. tup2 telefon kate abg adik eksiden. ude kate biarr ude yg keluar setel.
aku: jadinya mcmne tu? abg adik ok ke? teruk ke eksidennye?
umi: depan moto hancur. moto terus xley jln. langgar kereta cambry baru. teruk jugak remuk kereta tu. ude deal. bayar rm500. tutup kes. umi da xley pikir da kak. sakit kepaler pikirkan abg adik ni.. ude kate. tahun depan xley masukkan die kt shamsudiniah. takut die buat hal lagi. biar die kt rumah je. umi tasmik hari2. setiap kali habis juzuk, hntr kt pejabat agama. kalo die buat hal, along ade.
aku: angh x setuju kalo die kt rumah. kt sudin pun angh x setuju. kalo kt mersing 50-50.

tut tut tut…….

kredit habis..
aku: umi, kredit angah tinggal 3 sen. nt angh fikirkan ea mi…

masalah lama x selesai, abg adik buat mslh lg….
masalah along yg aritu pun x selesai lagi…
ya Allah…
beratnya ujianMu kepada kedua org tuaku…
sedangkan aku yg masih muda,
yg masih punya akal yg segar dan waras terasa letih utk memikirkannya…
bagaimana pula umi dan abahku…

umi asyik tanya, bila nak balik…
hujung minggu aku pulak, da penuh dengan aktiviti…
dilema…
minggu depan jumaat mlm usrah generasi fateh muslimat…
sabtu rehlah fateh..
sekali ng meeting LUKON…
kalo nk ikutkan, boleh je nk skip…
tapi jujurnya, aku rindukan usrah bersama KFC…
bersama “Keluarga Fateh Comel”..

umi…
izinan angah tarbiyah dan kuatkan diri angah disini…
supaya kekuatan tu mampu untuk angah salurkan kerumah semula…

insyaAllah…
ada peluang angah akan balik segera…

mode: rindukan rumah dan seluruh isinya… ~.~’

cinta

Posted: December 7, 2012 in bisikan hati, muhasabah

sedang ku kaji, persis apakah yg dimaksudkan dgn “cinta”…
ku temukan ini dlm pencarianku…

Petikan kata-kata seorang Sasterawan Nusantara

Hati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin,
raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu.
Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.
Tak usah bercakap tentang perasaan,
jika ia tidak berada di hatimu.
Tak usahlah menunjuk ke dada,
jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Minat bukan bermaksud cinta,
bangga bukan bererti cinta,
kagum juga bukan bermaksud cinta,
dan suka juga tidak serasi dengan cinta,
malah sayang pun bukan cinta.
Tetapi, cinta itu adalah cinta.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup,
dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam,
tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian…
dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya,
serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak,
kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia,

ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

serba x kena

Posted: December 5, 2012 in bisikan hati

ya Allah….

ujian jenis apakah ini… 😦
nak buat case stadi kepaler terlalu berat…
nk buat report apatah lagi….

nak lelap,
dgn harapan esok boleh bangun awal nk ngadap semua ni…
pun xley nk lelap…
sbb kaki buat perangai lagi…
sakit kemain…
menyucuk2 tulang…

nak kate hujan kt luar tidak…
nak kate kipas kt bilik laju sangat pun tidak…
last2 on9…

ya Allah…
aku redho dgn ujian sakit yang Kau beri..
izinkanlah ujian ini sebagai kifarah dosa2…
yg telah dan yg akan ku lakukan…

syukran ya Allah…
atas rezeki ujian ini…
sbg reminder buatku…
agar tidak alpa dgn hari utk kembali kepadaMU…

sakit kepaler lagi… -.-

Posted: December 1, 2012 in bisikan hati, muhasabah

nobody want to get pain..
nobody want to get hurt…

everybody want to live happily…
everybody want to live long…
to collect rewards…
to redeem sins…

ada yang suka pesan pada aku…
“jangan pening2 arini ea…”
“baiklah”

mcmne nk x pening kalau rasa sakit kepaler tu dtg sendiri??
its happen many time…
even i cannot control it…

bukan sekejap sekali kene..
bukan seminit dalam sejam..
bukan sekali dalam sehari…
bukan sehari dalam seminggu…

kalau dulu mungkin jarang2…
sekarang ni makin kerap pulak…
silap step, boleh dpt benjol free sbb tersungkur tibe2… (-.-)

selalu jugak aku carik punca…

sebab stress kot….
tp time x stress pun boleh kene jugak… -.-

sebab byk sangat keje kot….
tp time xde keje pun boleh kene jugak… -.-

sebab byk pk kot…
tp time x pikir ape2 pn loqlaq jugak.. -.-

sebab sedih kot…
tp time hepi pun boleh jadi jugak… -.-

sebab senyap kot..
tp time mulut bebel pun boleh sakit jugak… -.-

sebab berjalan n byk keje kot…
tp time duduk n baring pun boleh tingtong jugak… -.-

tengah OTW blk dr jumpa mujahidah,
tibe2 kene, seb baik ade teha, sambung bercerita dgn hasbullah…
xla perasan sangat sakit kepaler tiber2…

time meeting AS kt uma kakti pun…
tp normal la kot, tgh stresss….

tgh bercakap ng patient tibe2 je lost!!!
tp otw balik jemput angah dr UPM pun tibe2 boleh kene…

tgh…
asyik tgh je…
tepi la pulak…
mls pulak nk bercerita…
byk kali sangat…

ade yang paksa aku jumpa doktor..

bukan x nk…
cuma…

ntahla…
risau…
risau kalo result yang x best yg Dr. ckp…

mmg aku seorang bakal terapis yang actively advice patient to always think positive…
but its hurt to be applied…

kalo mmg x de ape yg serius xpe…
kalo mmg hidup da x lama???
can i accept it??

i’m happy with  my life now…
i’m happy with all people besides me…
my family, my closest siblings, my friends…

if and if…
I know sumthing bad in there…
i dont want to end my life with sorrow n unhappiness…
i dont want to end my life with bad thinking all days all times all seconds…

so pliz n pliz…
not to force me again..
i’m to scared to know a bitter fact…
n pliz…
give me a permission to live happily…

in my mind…
i’m healthy…
and I…
want to live happily…
with u…
and all of u…

andai Kau ingin memanggilku kembali Tuhan...panggillah aku dlm keadaan mereka redho dengan pemergianku.. (-.-)

andai Kau ingin memanggilku kembali Tuhan…
panggillah aku dlm keadaan mereka redho dengan pemergianku.. (-.-)

happiest weekend

Posted: December 1, 2012 in bisikan hati, muhasabah, rezeki

dari hari ke hari nak update blog, tp x terupdate2…
bila nak update blog je, teringat x update website lagi…
reflective writing lagi….
memandangkan x jadi ke melaka pagi ni…
now thats time!!!

“enjoying the last weekend like no other weekends for me…”

jumaat Along konvo…
with ayat’s kelakar story,
nk ikut tp ngigau kate xnk ikut,
then kene tinggal,
at last menangis kol sebab kene tinggal.. ^.^

plus with along carik pasal,
keluar je konvo hall, menghilang di toilet,
tggu bagai nak rak,
x muncul2…
kate kt bulatan…
beriye la kami tuggu di bulatan stadium…
rupa2nya die kat bulatan USIM…

at last,
abah yang da kebulur dari dlm dewan,
terus gi kat kereta,
mkn n bebel2 sbb da nk masuk waktu solat jumaat…
(abah mmg alergik kalau x jaga waktu solat,
syarat menantu pun die bg syarat asalkan jaga solat je)

nasib baiklah mood abah masih ok..
lepas solat masih nak melayan bergambar…

seb baik dok kat taman, x dapat bayangkan asan punya mengamuk kalo tggu kt luar stadium

seb baik dok kat taman, x dapat bayangkan asan punya mengamuk kalo tggu kt luar stadium

rupenye ade sekeping je gmbr ude. executive manager yang bertanggungjawap bawak adik2 ke taman

rupenye ade sekeping je gmbr ude. executive manager yang bertanggungjawap bawak adik2 ke taman

mood anje tgh ok. kalo x, merajuk aje.

mood anje tgh ok. kalo x, merajuk aje.

masa utk paksa cerita..bla... bla... bla...

masa utk paksa cerita..
bla… bla… bla…

untungla ade anoi nk layan bdk2 nakal ni

untungla ade anoi nk layan bdk2 nakal ni

ninja fruit time!!!

ninja fruit time!!!

conquer jubah konvo dulu yang paling penting!!!

conquer jubah konvo dulu yang paling penting!!!

ahaaa.....

ahaaa…..

eh, terlebih orang ni... ^_^

eh, terlebih orang ni… ^_^

anje merajuk lagi....

anje merajuk lagi….

first time berlagak ok melayan kak hamim

first time berlagak ok melayan kak hamim

balik dari konvo along…
merayau kt shopping mall…
window shopping….
release tension sket….

lepas asar makan chicken chop…
3 4 kedai jugak behenti tanya chicken chop,
baru jumpa kat chicken wings…
mahal!!!!
dan x kaw!!!!
xnk mkn situ lagi…
lepas mkn terus jemput angah kt UPM..

esok b4 blk,
teringinkan buah,
terus dapat…

buah yang manis dan sedap

buah yang manis dan sedap

sempat amek baju kt uma kak ti…
beli durian….
pergh…
marvellous durian…

mmg x tunggu lagi la…
balik2, terus menghadap…
boleh tahan susah nk kopek…
sebab durian yang 1st ni,
jenis yang x de alur…
luka jugak la sikit…
tp berbaloi!!!!

rasanya mmg betol2 kaw!!!!nak lagi!!!!

rasanya mmg betol2 kaw!!!!
nak lagi!!!!

19 ulas dalam sebiji durian. baham sorang2. mmg best!!

19 ulas dalam sebiji durian. baham sorang2. mmg best!!

lepas zohor terus bersiap utk pergi L.I.F.E
Love Islam For Eternity..
kt Masjid Putra, Putrajaya..
Sabtu Ahad recharge ilmu dan berukhwah disana…
Alhamdulillah…

cube carik saya dimana... hoho~~

cube carik saya dimana… hoho~~

berakhirlah kisah weekend….
terima kasih kepada semua individu yang berusaha mengukir bahagia dihati.. 🙂