Adik 2.0

Posted: September 6, 2016 in adik 2.0

Assalamualaikum Adik…

ini entri pertama mummy utk adik…
masa ni adik da masuk 35 minggu dalam perut mummy sebenarnya…

maaf adik…
mummy terlalu sibuk sehingga x sempat bersembang panjang dengan adik…

 

Now, mummy kat ofis (PERMATA Kurnia)..
since umur kakak solehah 1 tahun lagi, mummy da teringin sangat nak kakak ada adik…
mummy nk anak2 yang ramai…
mudah2an b0leh jadi saham pahala buat mummy n papa di akhirat….

But Allah yang Maha Pengasih telah aturkan yang jauh lebih baik…
Allah tanam benih adik dalam rahim mummy setelah mummy betul2 bersedia…
Allah nak papa ada sepanjang susah senang mummy mengandungkan adik…
masa ni papa masih kt JB. 1st posting papa kt JB…
But alhamdulillah, Januari 2016 papa ditukarkan ke putrajaya…

Akhir Disember 2015, mummy bleeding teruk…
mummy ingatkan mummy gugur…
mummy sedih sgt…

tp bila pergi klinik dan scan, rupanya mummy yg terlalu berharap…
mummy hanya bleeding biasa…
mungkin perubahan hormon…

early Februari 2016,
hati mummy kata, adik da ada dalam perut mummy…
mummy senyapkan sehingga mid Februari… komfem….
melalui Urine Pregnancy Test…
Alhamdulillah…
u r in there….

Adik umur 12 minggu baru mummy buat buku…
terus scan, dan mummy happy sgt, sbb nampak jelas sgt adik dlm perut mummy…

mummy happy….
tp mummy terpaksa utk tidak hebahkan kehadiran adik….
majikan dan kawan2 mummy semua x tahu…

bukan mummy x sayang adik…
tp mummy x suka majikan mummy perli2…
adik adalah amanah Allah utk mummy…
Allah da kata, Allah muliakan Bani Adam..
mummy x izinkan sesiapa pun perli @ hina adik….

Alhamdulillah…
Alahan mummy mengandungkan adik x seteruk alahan mummy mengandungkan kakak…
mummy boleh tahan rasa nak muntah…
mummy boleh makan sambil tahan nafas utk kurangkan alahan bau masa makan….

tp Allah uji mummy…
dengan sakit pinggang dan sakit belakang yang teramat sangat…
setiap malam mummy jadi susah nk tidur…
setiap malam kaki mummy senang nk kene cramp…
berat mummy sekejap asyik turun..
sekejap asyik naik mendadak sampai overweight….
sampai ke tahap, mummy stress sbb lapar, tp x berani nk makan…

tp mummy x kesah…
sbb setiap kali checkup, Dr kata, adik sihat….
setiap kali scan, mummy nampak adik membesar dengan baik…

due adik yg Dr bg, 21 Oktober 2016…
kalau ikut kakak, kakak overdue 4 hari…
tp instinct mummy adik akan keluar awal…
tp mummy harap sangat adik keluar sama dgn tarikh birthday mummy…
boleh kita celebrate sama2 setiap tahun…. ūüôā

ok lah sayang, mummy nak solat zohor n rest…

insyaAllah mummy akan cari masa utk sembang dengan adik lagi…

mummy love u adik…
papa love u..
kakak love u..

Adik 1.3

Posted: February 12, 2015 in muhasabah

Assalamualaikum solehah mummy syg…
mummy is working today… even now…

perjalanan yang cukup cantik Allah susun…
sebagai bekalan rezeki asbab kelahiranmu sayang….
mummy da bekerja…
papa da posting…

mummy mula keje 22 Disember 2014…
saat sukar Allah atur, nak tgk mummy ng papa tahan ujian ke x….
panggilan keje yang tibe2 buat mummy ng papa x sempat carik tempat tinggal..
mummy kene lapor diri kt cyberjaya….
dari rumah ke rumah mummy mintak izin nk tumpang sbb x larat nk berulang k.selangor,
tp xde yg sudi tumpangkan…

hari pertama mummy berulang kuala selangor..
papa hantar mummy keje, papa stay surau…
solehah tinggal ng tokma kt kuala selangor..
4.30 pagi kammi da gerak keluar rumah, 10 malam baru balik sbb jem dan hujan masa tu….
owh…
mummy x larat…
mummy carik lg rumah sedara lain….
sampai akhirnya atok zainal sepupu wan tumpang kn rumah dia kt seri kembangan…
3 minggu kita kt rumah atok zainal sampai kita dapat sewa rumah kt bandar teknologi kajang…

cantik Allah susun…
dapat je rumah sewa,
allah jumpa kan mummy dengan mama zah…
mama zah setuju mengasuh solehah.. bayaran 300 sebulan…
Alhamdulillah sbb x jauh rumah mama zah dgn rumah kita…

cukup seminggu mummy practice hantar solehah pegi rumah pengasuh,
papa dapat panggilan posting…
Allah…
sekali lagi jd mimpi ngeri utk mummy.. utk kita…
papa dapat posting kt johor baharu…
26 januari 2015 tokba hantar papa lapor diri kt JB…
da masuk minggu ke-3 papa berjauhan dgn kita…

jadual johor dgn KL x sama…
minggu lps papa blk hari khamis mlm…
jumaat seharian papa main dgn solehah…
papa solat jumaat papa hntr solehah rmh mama zah, lps solat terus amek…
hari sabtu papa da kene blk JB,
ahad papa keje…

perkara yang mummy takut adalah bila Allah uji kita dgn jarak dan kurangnya kasih sayang…
Allah Allah Allah….

mummy rindu papa, solehah rindu papa…

tp Allah uji kita…
Allah nk tgk kita kuat ke x….
pasti ada jalan utk kita terus bersama hingga syurga…
mummy yakin!!!!!

esok mummy last kt cyberjaya,
isnin dpn mummy ada induksi kt jpm 3 hari…
lps raya cina, mummy mula buat diploma kt ukm….
diploma jalan gaji pun jalan…
Alhamdulillah rezeki solehah….

ok syg mummy…
mummy nk turun pam susu utk solehah sambil tunggu masuk asar….
mummy nk blk cepat2…
jemput solehah kt rumah mama zah…
rindunya solehah….

Adik 1.2

Posted: September 25, 2014 in adik, adik 1.0, rezeki

Assalamualaikum puteri mummy Ameerah Solehah…

harini genap 3 bulan umurmu anak…
waktu mummy menulis ni..
Solehah tgh tidur.. papa belom balik sekolah…
papa sekarang jadi guru ganti kt SMK Kuala Selangor..
sementara tunggu keputusan posting…

Mummy x tahu nak mula cerita kt solehah kalini dari mana..
terlalu banyak rasanya utk mummy cerita..

mula dr menunggu saat kelahiran solehah la…
due solehah yg Doktor bg 21 Jun 2014…
31 Mei 2014, mummy da blk rumah wan n atok untuk sambut solehah lahir…
masa tu, papa masih kt sabah…
15 Jun baru papa blk jumpa mummy n solehah…
maka, mummy ng papa mula merancang nama…
Muhammad Adam Mujahid, jika kelahiran lelaki..
Nur Syafa’ Ameerah, jika kelahiran perempuan…

Dr hari ke hari…
mummy ng papa tunggu solehah lahir…
tp solehah langsung x tunjukkan tanda2 yg solehah da sedia nak keluar…
papa mula risau..
24 Jun 2014, papa kene blk sabah semula,
sbb 25 Jun 2014, papa ada interview spp.

21 Jun, pada tarikh yg Dr. jangka solehah akan lahir,
mummy pegi hospital, wan ng papa teman…
tanpa sebarang “tanda”, Dr. suruh mummy blk rumah semula..

23 Jun, menjelang zohor,
secalit darah menunjukkan tanda pertama kelahiran hadir..
mummy doa…
agar solehah cepat2 lahir,
esok papa da ¬†kene blk sabah…
papa ng wan teman mummy pergi hospital sekali lg..
Dr. kate, “jalan” baru buka 1cm, air ketuban masih cukup..
Dr. suruh blk…
sbb mummy masih belom rasa “contraction” langsung…

takdir Allah…
masa dlm perjalanan blk hospital menjelang mahrib,
mummy mula rasa contraction yg pertama..
masyaAllah…
mcm hilang sekejap nyawa dr dunia..

Emosi mummy masa tu makin x best..
selera makan mula hilang,
bermula dr maghrib, hingga sepanjang malam,
contraction dtg sesekali…
masa tu mummy x tahu, sakit yg mummy rasa tu adalah contraction…
alhamdulillah papa ada..
papa yg tenangkan mummy bila sakit dtg…
tapi esok papa da nak ke sabah…
sapa yg akan teman mummy bila mummy sakit… ūüė¶

24 Jun, pagi2 lg papa da gerak ke airport…
mummy sedih…
sbb berjauhan dgn papa…
bertambah sedih..
menanggung sakit seorang diri…
sepanjang hari mummy sakit..
selang 20-30minit contraction dtg…
hanya Allah penguat mummy…

sepanjang malam…
contraction semakin kerap…
wan suruh kira berapa minit sekali..
tp mummy x larat nak kira…

25 Jun,
hari papa interview…
selepas solat subuh, papa kol..
mummy cuba xnk nangis masa ckp ng papa…
mummy cuba berlagak x sakit…
mummy xnk papa risau…
mummy nk papa intrview dgn tenang..
tp mummy kalah…
terlalu sakit, tersangat sakit…
15minit papa kol, mummy hanya mampu ckp beberapa perkataan..
selebihnya hanyalah tangisan..

mummy ngadu pada wan..
wan tanya berapa kerap contraction..
masa tu, mummy da x larat…
nak jalan pun x larat..
baru mummy perasan, 15minit papa kol, 3x mummy kontraction…
cepat2 atok suruh pegi spital…

wan suruh pak ude nuryusof yg dukung mummy…
x sangka pak ude betol kuat dukung mummy masuk dlm kereta..
pak ude bwk, umi teman..
sampai spital dlm jam 7.25 pagi…

pada awalnya mummy kurang bernasib baik sbb dpt nurse yg kurang pengalaman utk pendaftaran awl..
dia suruh mummy naik katil dr wheelchair sendiri..
sedangkan duduk pun rasa nk patah pinggang, lg pulak dia paksa mummy bangun sendiri..
mujur dtg nurse senior..
dia bantu mummy naik katil, cepat2 die check,
die kate da 8cm..
terus die pindahkan mummy ke bilik bersalin…

sementara tunggu 8cm jd 10cm,
kwn wan dtg,
Dr Noribah namanya…
dia yg bantu mummy…
supaya terus bersalin..
sbb mummy ckp mummy da xde tenaga langsung..

Alhamdulillah…
8.19pagi…
Allah izinkan solehah lahir kedunia..
berat 2.85kg..
mummy syukur…
Allah izinkan mummy anak yg cantik, cerdik, sempurna, dan x susahkan mummy…
disaat papa jauh disana…

IMG-20140625-WA0023

cuba tgk hidung solehah masa baru lahir…
mcm papa kan…
bila tgk solehah mummy makin rindu kt papa…

kita kene admit ward satu hari…
flight papa maghrib nt…
tgh mlm baru sampai segamat..
jd esok baru boleh jumpa papa, papa jemput kita balik…

sepanjang kt hospital…
solehah baik sgt2..
solehah x susahkan mummy,
solehah x meragam mcm baby yg lain…
solehah nangis bila nk susu, salin pampers…
tu je…
tibe2 mummy rasa nk panggil solehah mummy, “solehah”
padahal mummy da setuju dgn papa nk bg nama solehah “nur syafa’ ameerah”

bila tiba masa nak daftarkan nama solehah,
mummy ng papa dilemma nk letak nama apa…
mummy nk bg nama Ameerah sbb anak pertama…
mummy nk puteri sulong mummy jd pemimpin yg baik utk adik2…
tp dlm masa yg sama mummy nk panggil puteri mummy ni dgn nama solehah…
nama yg tenang dgn wajahmu anak…

mummy ckp kt papa, dftrlah nama nur syafa’ ameerah tu..
tp mummy nk bg panggilan manja “solehah”
tp papa xnk solehah konfius…
jd…
papa kate, bg la nama Ameerah Solehah…
supaya anak mummy, puteri papa ni…
jd pemimpin yg tegas, tp santun dan lembut dalam tindakan…

Alhamdulillah, sampai harini..
mummy x rasa susah pn jaga solehah…
solehah makin cerdik…
makin ceria di agah…
makin pandai berborak bercerita…

Alhamdulillah ya Allah…
Kurniakan mummy & papa…
anak yg cantik, anak yg baik, anak yg cerdik…

Allahumma Faqqihha Fiddin, Wa A'llimha bittakwil

Allahumma Faqqihha Fiddin, Wa A’llimha bittakwil

Adik 1.1

Posted: March 6, 2014 in adik, adik 1.0, rezeki

Assalamualaikum adik!!!

harini papa teman mummy puasa..
sambil2 puasa sunat hari khamis…
papa tgh buat RPH..
mumy xde buat ape, bercerita dgn adik la jadinya….

Adik apa khabar?
Mummy harap adik sihat…
Sebab adik makin aktif dalam perut mummy sekarang…
da 2 malam mumy x boleh tidur layan adik…
sekejap2 adik gerak,
sekejap2 adik tendang perut mummy…
mummy suka setiap kali dapat rasa adik gerak…
adik buat mummy rasa yang adik ada… ūüôā

adik…
harini umur adik da 24 minggu 3 hari…
1st time mummy dapat rasa adik tendang perut mummy masa umur adik 22 minggu…
masa tu tendangan adik perlahan sangat….
tapi mummy boleh rasa…
mula2 mummy ingatkan perut mummy yang memulas mcm nak buang air…
tp x rasa nak membuang pulak lepas tu….

Awal2 dl, adik tendang perut mummy lepas subuh, dgn sebelum mummy tidur malam je…
tapi bila umur adik nak masuk 24 minggu, adik mula menendang x kira masa…
mummy tgh berjalan pun boleh terberhenti terperanjat kene tendang adik…
tapi mummy gembira…
sebab adik buat mummy rasa yang adik ada… ūüôā

adik nak tau x, bila adik makin aktif bergerak-gerak dalam perut mummy?
adik akan aktif bila papa ada…
bila papa balik keje..
bila papa cakap2 dgn adik…
adik jadi aktif sgt….
papa jadi excited bercerita dgn adik bila papa boleh rasa adik gerak…

ok la adik…
nt mummy bercerita lagi ea…

mummy syg adik, papa syg adik… ūüôā

Adik 1.0

Posted: January 31, 2014 in adik, adik 1.0, bisikan hati, rezeki

Assalamualaikum adik!!!!!

Awal sangat x agak2 utk mummy bercerita dgn adik di ruangan ni…
mungkin masih awal..
tp mummy rasa mummy da boleh bercerita dgn adik da…
sebab mummy da boleh nampak adik da dalam perut mummy….
comel je adik..
tp adik masih sangat comel…
mungkin sbb umur adik baru 19 minggu…
mudah2an adik terus sihat dan dapat zat yang cukup & baik dari perut mummy…

post pertama utk adik ni, mummy nak cerita kat adik,
adik skrg makin baik…
makin kurang meragam..
atau dengan kata lain,
makin kurang buat mummy meragam.. ūüôā

hari pertama mummy tau kewujudan adik masa umur adik 7 minggu…
28 Oktober 2013, pagi tu mummy sedih sgt..
sbb nekwan ng tok aki adik x dapat dtg majlis konvokesyen mummy…
dalam sedih tu, mummy carik kekuatan…
mummy carik sesuatu yang boleh gembira kan hati mummy…
utk pegi jugak konvo tanpa nekwan ngan tok aki…
jadi masa tu, mummy buat keputusan utk komfemkan kehadiran adik…
alhamdulillah, pregnancy kit menunjukkan keputusan ujian positif….
maksudnya, mummy ada adik untuk teman mummy naik atas pentas,
terima ijazah sama-sama….
terima kasih adik…
sebab teman mummy…

seminggu lepas konvokesyen mummy,
adik, mummy dan papa balik kudat..
sebab papa da kene teruskan praktikal di SK Sikuati..

adik mula buat perangai….
adik buat mummy x larat nak bangun langsung…
belakang mummy sakit sangat2…
sampai rumah x terurus…
mummy cuma bangun beberapa minit dalam sehari,
untuk solat n buatkan makanan utk papa…
selebihnya semuanya papa yang uruskan…
papa yang kemas rumah,
papa yang basuh baju, jemur baju..
Papa yang buat semuanya…
seminggu mummy terlantar…

bila mummy da daftar adik kat Klinik Kesihatan Sikuati,
mummy mula makan suppliment yang KK bagi..
mummy ¬†ada tenaga sikit…

tapi adik buat mummy x tahan bau…
semua bau boleh buat mummy nak muntah..
semua bau buat mummy rasa nak marah…
sampai bau papa pun mummy x tahan..
bau sabun, shampoo, softlan, perfume…
semuanya mummy jadi sensetif…
berkali-kali papa tukar perfume sebab mummy…
kesian papa…

bila umur adik 10 minggu,
kita ikut papa pegi keningau…
sebab papa kena masuk IPG balik…
5 minggu kita kat keningau…
keadaan mummy makin menjadi-jadi…

dalam sehari,
x sampai sesuap nasi pun yang sempat singgah dalam perut mummy…
asal masuk je makanan,
x sempat serap kt usus lagi da keluar balik…
x kira lah apa pun jenis makanan…
semuanya akan keluar semula…

papa paling kesian sangat…
jadual papa padat sangat…
pagi masuk kelas pukul 7..
rehat pukul 12tghari-1petang..
lepas tu sambung kelas sampai pukul 6…
pukul 8-10 malam ada kelas lagi…

setiap kali waktu rehat,
papa akan balik sebab risaukan mummy kt rumah…
kesian papa penat kena berulang….
lepas tu kat rumah pulak,
mummy x larat nak sediakan makanan berkhasiat utk papa…

keadaan mummy makin teruk..
mummy x tahan bau bawang tumis..
mummy x tahan bau ayam goreng…
mummy x tahan bau ikan goreng…

kesian papa…
hari2 makan2 telur goreng, sosej goreng, nuget goreng, kentang goreng..
berkuahkan kicap dan sos cili..
berulamkan sayur kacang botol semata…

5 minggu…
hari2 itulah lauk santapan papa…
tapi papa sikit pun x merungut…
papa tunjukkan minat dan rasa selera setiap kali papa jamah makanan…
semata2 utk jaga hati mummy..
papa sangat hebat….

habis 5 minggu di keningau…
mummy pujuk papa balik semenanjung…
mummy nak papa dapat makanan berkhasiat di semenanjung…

bagai dapat tenaga baru…
mummy mula kurang meragam masa balik semenanjung…
mungkin sebab masa tu adik da besar sikit…
adik da 14 minggu dalam perut mummy…
mummy da kurang muntah2…
cuma alahan bau mummy masih x kebah2…

masa mummy balik semenanjung…
semua makcik2 fateh bebel kat mummy…
paksa mummy cakap kalau2 mummy sakit…
kononnya sebab muka dan badan mummy nampak susut sangat2…
“senyum pun macam orang sakit senyum”, acik ikin cakap…

ibarat 5 minggu x makan langsung…
mau x susut badan…

Alhamdulillah…
balik ke kudat semula awal tahun 2014 ni…
selera mummy makin pulih….
mummy da kurang muntah…
walaupun masih alah bau bawang tumis,
mummy cuba olah n masak makanan2 yang x perlu tumis bawang…

mummy mula teringin makan kuih buatan sendiri…
karipap, donut, ketayap, onde2, kuih bom…

seronok buat dan lebiih seronok tgk papa selera makan air tangan mummy…
baru 3 minggu balik semula ke kudat..
papa da tegur mummy…
mummy da cubby balik…

errrr….
in 3 weeks obvious changes…
risau pun ada kalau terover mengembang…
tapi demi adik…
biarlah…
nanti la adik da lahir baru mummy jaga badan k… ūüôā

adik..
mummy & papa sayang adik..

70%

Posted: October 3, 2013 in bisikan hati, muhasabah, raja sehari, rezeki

adik amin: “isteri bekerjaya akan kurang 70% solehahnya berbanding isteri yang menjadi surirumah sepenuhmasa”..

huh!!!
sentap!!!!

bukan aku anti-surirumah..
cuma aku perlu keluar bekerja…
its not about i want…
but it’s keperluan…

mengambil kata2 tersebut sebagai satu cabaran…
aku letakkan azam…
untuk menyangkal statement tersebut setelah bergelar seorang isteri…

tapi nampaknya kini…
aku perlu akur…
kerana sedikit demi sedikit…
ku lihat kebenaran kata2 tersebut di dunia realitiku sendiri…

minggu ni masuk minggu ke -3 aku bergelar guru ganti di SK sikuati…
hanya ke sekolah bila diminta oleh guru besar menggantikan guru2 yang berkursus…

tawaran menjadi guru sains sekolah menengah st.peter terpaksa ku tolak..
sebab masa lapor diri, pengetua kata guru ganti x boleh amik cuti..
sedangkan tiket balik konvo sudah dibeli…
untuk seminggu pulak tu, bukan 2 3 hari…

aku syukur….
byk hikmah ku lihat setelah penolakkan tawaran ini..

hari pertama aku ke sekolah..
aku gagahkan diri bila berada dirumah…
begitu juga hari kedua dan ketiga….

masuk hari keempat…
badan dan tenaga da x larat…
walau hati ckp nak buat,
tangan kaki terasa berat,
senyum dibibir semakin kelat..

maafkan az abg…

ya Allah…
Kau pemilik kekuatan dan kebahagiaan..
izinkan bait yang mawaddah, sakinah dan rahmah buat kami…

Asalkan bersama

Posted: September 11, 2013 in bisikan hati, istiqomah, muhasabah

06/09/2013

Mereka kata, bahtera rumahtangga PASti dipukul ombak perselisihan…
Maka aku bersedia…
hingga sehabis boleh mengemudi bahtera ini agar tidak karam diarus pergaduhan…

tiba2…
taufan perpisahan pula yang cuba membelah badai…
ahh…
taufan yang begitu ganas..
hingga hampir membuatkanku tewas dalam pergelutan…
mujur ada sidia yang sedia bergelut bersama..
hingga natijahnya mampu mengukir senyum bahagia…
syukran ya Rozzak…

bermula dengan temuduga hari kerjaya di UKMKL..
aku pejamkan mata melihat rakan2 segak sedia dengan CV kemas di riba…
excel centre confirm milik si pemerhati yang setia..
kerana PASti si penemuduga menunai janji yang dimeterai sekian lama..
tidak!!
si dia sedang menantiku disana..
mana mungkin aku disini dia disana..

A few days before pre-graduation day (thesis submission)
Kak azila call..
Personally offered a job at hospital Pantai for me…
Everybody waiting for such offer…
But I’m the one who hear it with own ears…
Ahh!!!
It turns to a very hard time for me one more time…
Declining the very great and dreamful offer away…
Tidak!!!
Si dia sedang menantiku disana..
Mana mungkin aku disini dia disana…

Bila musadun kata kampong dia di Kudat,
Aku pun amek la kesempatan mintak dia hantarkan CV ke centre2 di area kudat n KK..
Sangkaku kudat dan KK dekat…
4 jam kot…
Dekat la sangat kan Puan Farah Syazwani..

Betapa sekali lagi Allah murahkan rezekiku…
Hati pula diuji rasa berbelah bahagi…

Hanya 1 centre sahaja resumeku dihantar di KK..
Centre itu lah yang memanggilku datang bekerja acapkali…

Sehingga boss besar di centre tersebut yang menelefon dan memujukku berkerja…
Adakah ini dikira sebagai menolak rezeki…
Tidak!!!
Aku tidak rela dipisahkan dengan suamiku sejauh itu…

Sedang aku termenung mengingatkan tawaran dan pujukan yang baru sahaja aku lepaskan..
En.wafi pula kol…
Bertanya khabar dan perkembangan diri…
Fizikal dan kerjaya…
Ahh sudah PAStinya ku adukan nasibku dengan ketiadaan centre rehab di Kudat…

Tujuan en.wafi menelefon PAStinya menggegarkan semula sebatang pohon yang sudah utuh akarnya didalam tanah…
Tawaran untuk mengambilku bekerja sebagai clinician OT UKM..
Satu tawaran yang menjamin isi poket dan kerjayaku sebagai seorang OT…
Allah….
Seakan angin yang menampar dedaun mampu mematahkan dahan2 yang berpaut pada tubuh batang dedahan yang kian lemah…

Halangan ku cuma satu….
Suami disini..
Mana mungkin aku berjauhan darinya…
Tempat aku disisinya…

Disini hingga Syurga sana…
Itu janjiku padanya…

Dalam terik menteri semalam…
Sebelum takbir solat zohor kami dirikan bersama,
Aku cuba menguji hatinya…

Soalan ku tanya halus di cuping telinganya…
‚Äúapa pendapat abang kalau az terima tawaran en.wafi?‚ÄĚ
Sunyi…

Sepi…
‚Äúkita solat dulu sayang‚ÄĚ..

Usai solat…
“sayang.. takyah la terima tawaran tu ea…
Jauh sangat…
Abang xnak berjauhan dengan sayang…
Sampai abang lantikan…
Sayang kerja di rumah je la ea…

Jadi suri di rumah abang‚ÄĚ
Pohon yang condong,
Akar yang hampir terbongkah keluar…
Seakan disiram baja…
Yang menyubur dan mengeluarkan buah yang masak ranum…

Lewat petang…
Sebelum kami menyambut raya bersama…
Aku mendapat panggilan telefon…
Suara tegas tetapi tidak keras…
Menanyakan lokasi dan keseriusanku…

Tawaran menjadi guru ganti di SMK st.peter Kudat…
Dengar saja guru ganti…
Hati mengucap handalah berkali-kali…
Ini rezeki…
Rezeki untuk suami yang ingin aku setia disisi…

Namun….
Bukan mudah memetik buah masak ranum…
Yang tinggi tempatnya…
Perlukan usaha untuk memanjat mahupun menggalah..

SMK?
Betul ke Farah Syazwani akan ajar di sekolah menengah…
Jgn main2 faraah….
Sekolah scorer kudat ni….
Subjek Sains??
Bahasa Inggeris ke laut…

Boleh ke nak siap ajar sains pulak….
SMK St. Peter?
Di pekan tu…
Mau 30 minit naik kereta…
Jalan kecik Farah…
Bukan besar macam jalan kt KL…
Kereta sebijik je..
Abg nk pegi sekolah mcamane,
Kau nk pegi sekolah macamne?
Kalau sesi petang,
Otw balik rumah da gelap Farah,
Berani ke bawak kereta dr Kudat ke Sikuati sorang2….
Allah….

Keputusan pula perlu dibuat segera…
Pegawai yang menelefon memintaku memberi jawapan 5 minit setelah panggilan ditamatkan….

‚Äúkalau sayang yakin sayang kuat, abang izinkan‚Ä̂Ķ

Ini rezeki kita abang…
Rezeki yang halal,
Kadangkala x semudah yang kita sangka untuk di capai….
Just 2 months…
I will bear with it…
Trust me…
And please always be with me…

insyaAllah 10 Sept 2013…
bermula la hari pertama Farah Syazwani keje jd guru ganti…
debor sampai langsung x ley lelap malam tadi….

insyaAllah tiada penyesalan pd keputusan yang telah ku pilih ini…
kerana bagiku…
walau sesukar mana…
walau seperih mana…
akan ku lalui semua…
dengan senyum dan rasa syukur…
asalkan aku bersama dia…
pemilik syurgaku…

 

Robbi Yassir wala tua’ssir ya Robb….

 

10:49